Zuzila dot com
Browse By Month

Like This?
Subscribe by email:

Cara dan merawat parut akibat jerawat Sent Sunday, April 4, 2010

 

Rawatan Homeopati Untuk Jerawat/Akne

 

Berikut ialah remedi-remedi yang kerap kali berjaya merawat jerawat dengan begitu berkesan. Boleh diambil sebagai "single remedy" atau "combination remedy"  saya mencuba untuk gunakan bahasa mudah bagi pemahaman semua tetapi ada juga remedi-remedi yang terpaksa saya gunakan bahasa English kerana khuatir maksudnya tidak tepat.

 

1.    Antimonium tartaricum

 

Antim.tart amat sesuai untuk individu yang jerawat yang besar, lembut dan amat sakit bila disentuh.

 

2.    Calcarea Carbonica

 

Cal.carb pula amat sesuai bagi individu yang kerap mengalami "breakout" jerawat-jerawat yang menyakitkan. Pengambilan Cal.carb akan menguatkan antibody dan menjadi penghalang kepada penyakit kulit.

 

3.    Hepar sulphuris calcareum

 

Hepar.sulp akan diberi bila jerawat terjadi bernanah. Kulit juga kelihatan kusam, berminyak dan amat perlahan sewaktu proses penyembuhan sendiri.

 

Kembali licin selepas 2 minggu selepas mengguna BC16, Aquifolium drops, Aquifolium cream dan sabun Merrygold

 

Kebiasaannya remedi akan memberi kesan selepas 12 minggu

 

4.    Pulsatilla

 

Pulsatilla amat sesuai bagi individu yang diserang jerawat akibat dari pemakanan dan diet yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang berlemak, berperisa, cuaca yang panas dan lembab menambah lagi agravasi (radang) jerawat tersebut.

 

Pulsatilla juga sering diberi bagi kes-kes jerawat bagi individu yang telah mencecah usia akil baligh dan bagi individu yang kerap ditumbuhi jerawat sewaktu hampir dan ketika haid.

 

5.     Sulphur

 

Remedi ini sering diberi kepada individu yang kerap mengalami masalah kulit yang gatal-gatal, jerawat yang cepat naik dan terjadi bernanah. Individu yang sesuai dengan Sulphur juga amat menggemari makanan pedas, kerap minum dan kurang makan.

 

 

6.    Homeopathic cells salt - 12 jenis garam tisu

 

Cell salts, garam tisu atau biochemic adalah satu cabang didalam perubatan homeopati tetapi hanya mempunyai 12 nama untuk remedi dan cara penyediaan remedi adalah sama dengan konsep homeopati.

 

Garam tisu homeopati membekalkan kebanyakkan mineral kompleks yang didapati didalam sel-sel hidup. Garam tisu adalah sama atau identikal seperti mineral-mineral yang terdapat didalam tubuh. Bila garam tisu ini identical, tubuh amat memerlukan bantuan untuk menambah dan mempertingkatkan nutrisi yang berkurangan, maka ia mudah menyerap dan bersatu dengan mineral-mineral yang sedia ada serta menambah nutrisi yang berkurangan.

 

 

Kombinasi biochemic seperti BC01, BC04, BC05 (resdung) dan BC16 yang lembut dan selamat juga mengambil masa sekitar 4-12 minggu.

 

12 Garam Tisu dan Kebaikannya Kepada Kesihatan

 

1.     Calc. Fluor.
Calcium Fluoride

REJUVENATION. Maintains elasticity of tissues. Impaired circulation, over-relaxed conditions, varicose veins, piles, deficient enamel teeth.


MENYEGARKAN. Mengekalkan keanjalan tisu-tisu, pengaliran darah yang lemah, kebas-kebas kaki (varicose veins), buasir, kekurangan enamel gigi.

2.Calc. Phos.
Calcium Phosphate

ITCHING. Constituent of bones, teeth, gastric juices. Impaired digestion, teething troubles, chilblains, simple anaemia.


KEGATALAN. Mewakili sebahagian atau keseluruhan tulang-tulang, gastric, tidak hadam, eczema, masalah pertumbuhan gigi, aneamia yang tidak serius.

 

3.Calc. Sulph.
Calcium Sulphate

SKIN HEALING. Blood constituent. pimples during adolescence, skin slow to heal, sore lips.


MENYEMBUH PENYAKIT KULIT. Sebahagian atau keseluruhan dari darah, jerawat, jerawat sewaktu akil baligh, masalah kulit yang lambat sembuh, bibir merekah/pecah.

4.Ferr. Phos.
Iron Phosphate

COUGH AND COLD SYMPTOMS. Oxygenates the blood stream. The Biochemic First Aid. Chills, fevers, inflammation, congestion. Rheumatic Pain.


BATUK & SELSEMA. Mengimbang pengaliran oksigen di saluran darah, Ia juga merupakan penawar Biochemic di waktu kecemasan, halangan pada saluran darah, penyakit yang melarat, Rheumatic (sengal-sengal sendi).

5.Kali. Mur.
Potassium Chloride

COUGH, COLDS, RESPIRATORY AILMENTS. In alternation with Ferr. Phos. Blood constituent and conditioner. Children's feverish ailments.


BATUK, SELSEMA, PERNAFASAN: Kali.Mur. boleh diambil berselang seli dengan Ferr.Phos., pelengkap atau menambaik darah, permulaan simptom demam pada kanak-kanak.

6.Kali. Phos.
Potassium Phosphate

NERVOUS TENSION. Nervous exhaustion, nervous indigestion, nervous headaches. Stress due to worry or excitement. Sleeplessness.


SEL OTAK / SEL SARAF: Kepenatan otak, masalah penghadaman, sakit kepala, stress berkaitan dengan terlalu gembira atau kesedihan, tidak dapat tidur nyeyak.

 

7.Kali. Sulph.
Potassium Sulphate

SKIN CONDITIONER. Skin eruptions with scaling or sticky exudation, falling hair, diseased nails.


UNTUK MASALAH KULIT: Memulihkan maslah kulit yang gatal, beruam, dan kulit nampak berminyak dan kotor, rambut gugur dan penyakit pada kuku.

8.Mag. Phos.
Magnesium Phosphate

CRAMPS. Nerve Stabilizer and Anti-spasmodic. Neuralgia, flatulence, spasmodic nerve pains.


KEKEJANGAN: Penstabil saraf-saraf dan anti ketegangan, untuksakit saraf-saraf, kembung dan perut rasa panas dan kekejangan saraf sesuai untuk sakit otot dan sendi.

9.Nat. Mur.
Sodium Chloride

WATERY COLDS. Dryness or excessive moisture in any part of the body, watery colds, flow of tears, loss of smell or taste.


CAIRAN DALAM TUBUH: Terlalu kering atau terlalu banyak cecair di mana-mana bahagian tubuh, selsema, aliran air mata, atau hilang deria bau rasa.

 

 

10.Nat. Phos.
Sodium Phosphate

HEARTBURN. Acid neutralizer. Over-acidity of the blood, gastric disorders, heartburn, rheumatic tendency.


TERASA PANAS DI ULU HATI: Penstabil asid: terlebih acid di dalam darah, masalah gastrik, rasa tidak sedap perut dan simptom ke arah sakit saraf.

11.Nat. Sulph.
Sodium Sulphate

FLU SYMPTOMS. The "liver" salt. Excess water eliminator. Liverish symptoms, bilious attacks, watery infiltrations.


SIMPTOM SELSEMA: Ia merupakan "garam untuk "hati", Membuang cairan lebihan dalam tubuh, masalah hati dan hempedu.

12.Silica
Silicon Dioxide

BLOOD CONDITIONER - HAIR CONDITIONER, CLEANSER, ELIMINATOR. Impure blood, boils, brittle nails, lack-lustre hair, in alternation with Kali. Sulph.


MEMULIH PERJALANAN DARAH - RAMBUT DAN MENGAWAL DAN MENGHILANGKAN:Untuk melancarkan perjalanan darah, memulih penyakit kulit, kuku, rambut yang tidak bermaya dan elok di selang seli dengan Kali. Sulph.

 


Homeopathy dan Garam Tisu Sebagai Perubatan Lengkap?

Homeopathy dan Garam Tisu dianggap sebagai konsep perubatan pelengkap atau komplimentari kepada perubatan yang sedia ada. Ia saling melengkapi bagi memberi impak positif kepada pesakit yang mengharapkan kesihatan mereka kembali pulih.

Perubatan sedia ada atau konvensional amat diperlukan untuk menangani penyakit akiut (serangan tiba-tiba) seperti serangan jantung dan asthma, sementara Homeopathy dan Garam Tisu sering diambil untuk merawat penyakit kronik(penyakit yang telah dideritai pada masa yang lama). Homeopathy dan Garam Tisu sering menjadi pilihan kepada pesakit kronik kerana menyedari Homeopathy dan Garam Tisu selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan. Malah remedi Homeopathy dan Garam Tisu boleh diambil bersama-sama ubat-ubatan yang berasaskan drugs (dadah dan kimia).

Perubatan yang menggunakan drugs mengamal konsep suppression atau put to stop (membenam penyakit dam kesakitan) dan amat berguna sewaktu kecemasan yang memerlukan pesakit dirawat dan melegakan serangan penyakit dengan kadar yang pantas. Namun ia membawa bersama-sama kesan sampingan yang tidak diundang.

Sementara Homeopathy dan Garam Tisu percaya kepada "serupa menyembuhkan yang serupa" dan "seseorang itu akan kekal sihat sekiranya seseorang itu mendapat bekalan mineral (12 garam tisu) pada kuantiti yang sepatutnya dan pada ratio (kadar) yang sepatutnya". Bila ini terjadi sistem pemulihan semulajadi yang terdapat didalam tubuh

 

 

Parut Jerawat Dan Rawatan

 

Kulit adalah organ terbesar ditubuh kita dan memainkan pelbagai peranan penting seperti menjana sel pigmentasi yang dipanggil melanocytes, mengawal kadar radiasi ultraviolet, membina kalsium (calcium homeostasis) dengan membekal tubuh kita dengan vitamin D dan mengimbang suhu badan serta kadar metabolisma kita.

 

Apabila seseorang individu mengalami masalah kulit seperti jerawat, luka atau terbakar, tisu fibros akan menggantikan tisu-tisu kulit asal. Ini merupakan salah satu proses penyembuhan dari masalah kulit tersebut namun ia kelihatan tidak sekata dan kulit tersebut menjadi keras (keloid). Menurut kajian adalah agak mustahil untuk menghapus parut-parut dengan kadar seratus peratus. Kaedah homeopati memberi harapan baru kepada individu yang berparut terutama dimuka akibat jerawat dengan merawat dan mempertingkatkan system penyembuhan semulajadi tubuh. Bila system penyembuhan semulajadi menjadi lebih kuat, ia akan membina kolagen (protein) baru dan terhasillah tisu-tisu kulit baru untuk menutup tisu-tisu yang rosak diparut tersebut.

 

Parut akibat jerawat akan terbentuk dengan pelbagai bentuk yang menjadikan seseorang individu itu tidak yakin pada diri sendiri akibat rasa rendah diri. 4 jenis parut telah dikenal pasti iaitu

 

Sebelum mengambil remedi homeopati, pesakit ini mempunyai parut jenis Rolling scar.

 

 

  • Selepas 16 minggu parut tersebut telah hilang.

 

 

  • Jenis Icepick

 


 

  • Selepas 20-25 minggu

 

 

Merawat parut mengguna kaedah semulajadi seperti homeopati , memerlukan kesabaran yang kuat kerana tisu-tisu baru mengambil masa untuk terjadi dan menutup parut-parut yang hodoh.

 

Rawatan Homeopati Untuk Parut

 

Homeopati moden mempunyai pelbagai remedi dan produk kombinasi untuk menjana dan mempekuatkan system antibody serta self healing system atau system penyembuhan kendiri oleh tubuh.

 

Beberapa jenis remedi yang boleh diambil.

 

  1. Remedi berasaskan tablet manis samada holistic (hanya 1 remedi) seperti Silicea atau kombinasi seperti Silicea, Kali.mur, Cal.sulp dan Nat.mur (garam tisu atau biochemic) dan seperti Selenium dan Hepar.sulphur digabungkan.

  2. Remedi berasas air secara holistik atau kombinasi dan produk seperti Aquifolium drops dan R53 oleh Dr.Reckeweg.

  3. Krim dari Calendula, Echinacea, Arnica Montana, Witch hazel dan lain-lain.

 

 

bersambung diartikel yang kaan datang

 
http://www.zuzila.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Remedi Dan Produk Homeopati.

 

  1. Kali.bromatum

 

Remedi ini amat sesuai bagi jerawat yang tumbuh sewaktu seseorang itu mula memasuki alam akil baligh (puberty) dan juga sewaktu kedatangan haid. Begitu juga Pulsatila, amat sesuai untuk wanita yang sedang sering ditumbuhi jerawat sewaktu menstrual. Remedi ini dapat menghilangkan parut yang kelihatan lebam, menghilangkan whiteheads.

 

  1. Pulsatilla

 

Remedi ini juga amat sesuai untuk gadis muda yang baru akil baligh dan wanita mengandung, jerawat makin teruk bila menstrual dan mudah berpeluh. Pulsatilla amat berkesan untuk menghapus parut yang berbentuk rolling scar.

 

  1. Silicea

 

Silicea adalah agen bagi mempercepatkan proses pembinaan semula tisu-tisu baru bagi menutup parut, ia amat berkesan untuk menghapus parut yang berlubang, blackhead, mempercepatkan proses penyembuhan

 

  1. Sulphur

 

Sulphur adalah salah satu remedy yang paling terkenal untuk menghapus jerawat dan mempunyai fungsi yang besar untuk menghapus pori-pori hitam di hidung dan dagu, berupaya menghilangkan blackhead dan perlbagai bentuk parut.

 

  1. Selenium

 

Selenium diperlukan untuk menstabilkan keanjalan kulit kerana Selenium mempunyai kesan anti-oxidant. Selenium berupaya menghapus pelbagai bentuk parut akibat jerawat dan alergik.

 

  1. Hepar Sulp

 

Remedi ini amat effektif merawat jerawat yang besar dan bernanah dan berupaya menghilangkan parut sewaktu proses penyembuhan terjadi.

 

  1. Aquifolium Drop

 

Produk yang mempunyai kombinasi pelbagai remedy bunga-bungaan termasuk Calendula yang bertindak sebagai anti-oxidant dan antiseptic dan Echinacia sebagai pencuci darah.

  1. Aquifolium Cream

 

Produk ini disediakan untuk digunakan sebagai krim malam, amat effektif untuk merawat masalah pori-pori yang bermasalah

 

  1. Carmino Cream

 

Krim antiseptic dan anti-oxidant yang amat berkesan untuk mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut dalam masa yang sama.

 

  1. Witch Hazel Cream

 

Witch hazel amat terkenal dengan fungsi untuk mencerahkan kulit dan untuk kulit yang sensitive. Witch hazel juga boleh merawat parut serta polip (warts) (daging yang tumbuh di kulit)

 

  1.  Soundarya Cream

 

Krim ini fungsinya hampir sama dengan Aquifolium cream, tetapi sesuai dipakai pada bila-bila masa.

 

  1.  Sabun Calendula

 

Sabun Calendula seperti Merrygold dan gabungan beberapa bunga-bungaan lain mampu memudarkan warna parut dan menghalang jerawat baru dari tumbuh.

 

 

Konklusi

 

Pelbagai pendapat dan kajian telah dijalankan mengenai remedy homeopati. Ada yang mengatakan remedy homeopati hanya "temberang" sahaja, ini ialah  kerana bila dibuat ujian di makmal, bahan aktif seperti contohnya Sulphur tidak dapat dikesan atau not detected (nd). Bagaimana sesuatu ubat itu dapat merawat jika bahan aktifnya tidak dapat dikesan?. Jawapan kepada persoalan itu ialah, remedy homeopati "merawat pesakit bukan penyakit", ia diproses menjadikan remedy tersebut didalam dos yang amat kecil untuk merawat symptom yang dihasilkan oleh sulphur ( Sulphur yang tulen).

 

Jika anda kurang faham lagi kita ambil contoh yang mudah,contohnya bawang merah dan bawang besar (Allium cepa). Apabila kita memotong bawang , hidung serta mata kita akan merasa pedih dan terjadi mata kita mula berair dan hidung akan berhingus yang cair dan jernih. Oleh itu homeopati akan menggunakan Allium cepa untuk merawat symptom yang dicetuskan oleh bawang tersebut.

 

Seringkali juga ditanya , adakah homeopati mempunyai kesan sampingan? , jawapannya ialah tidak dan remedy homeopati tidak mempunyai dos maut, juga tidak ada remedy untuk menggugurkan janin , remedy untuk suppress (menghalang haid dari terjadi) dan remedy untuk kontraseptif (contraceptive) atau pil perancang.

 

Di Eropah terutama di Britain, Queen Elizabeth dan keluarga di Raja mengamalkan homeopati sepanjang hidup mereka dan di Britain serta seluruh Eropah mempunyai hospital yang berkonsepkan homeopati. Kerajaan India dan Pakistan juga member subsdidi dan pilihan kepada rakyatnya untuk memilih antara menggunakan rawatan homeopati atau konvensional. Kerajaan India dengan kapasiti penduduk yang direkodkan pada 1 Mac 2001 telah mencecah 1,027,015,247 orang mengambil inisiatif yang lebih maju dengan member geran-geran kepada saintis homeopati di India untuk mengkaji dan memberi rawatan yang berkualiti kepada penduduk India. Ini ialah kerana di India rawatan homeopati amat murah berbanding perubatan konvensional. Hasil dari usaha tersebut maka terdapat remedy homeopati yang mampu merawat atau remedy prophylaxis (remedy pencengahan) untuk H1N1, Denggi dan Chikungunya dan lain-lain lagi.
 

Rawatan Homeopati Untuk Parut

 

Homeopati moden mempunyai pelbagai remedi dan produk kombinasi untuk menjana dan mempekuatkan system antibody serta self healing system atau system penyembuhan kendiri oleh tubuh.

 

Beberapa jenis remedi yang boleh diambil.

 

  1. Remedi berasaskan tablet manis samada holistic (hanya 1 remedi) seperti Silicea atau kombinasi seperti Silicea, Kali.mur, Cal.sulp dan Nat.mur (garam tisu atau biochemic) dan seperti Selenium dan Hepar.sulphur digabungkan.

  2. Remedi berasas air secara holistik atau kombinasi dan produk seperti Aquifolium drops dan R53 oleh Dr.Reckeweg.

  3. Krim dari Calendula, Echinacea, Arnica Montana, Witch hazel dan lain-lain.